Nota Ringkas - Servis Steering Stem 

Sistem steering - tahu kedudukan, teknik menguji dan melaras steering & teknik merombak serta memasang steering dgn peralatan sesuai.

  • berperanan menentukan arah & keseimbangan motosikal ketika bergerak.
  • dipasang pada kerangka hadapan motosikal.
  • perlu diselenggara berjadual.
Fungsi
  • mengawal arah pergerakan dan keseimbangan motosikal, pergerakan ke kiri, kanan atau belakang.
  • dalam keadaan baik mestilah ringan, mudah dikendalikan, serta bebas dari hentakan / gegaran.
Binaan
  • handle bar
  • handle cover
  • steering race
  • steel balls
  • steering stem
  • steering race
  • front fork
  • front fender
  • front wheel



Steering stem Yamaha PG1



Servis
  • memeriksa gerak bebas steering
  • melaras & menguji gerak bebas steering
Sudut Sistem Steering
  • sudut (caster angle) ukuran dibuat pada garis pusat roda dgn permukaan jalan.
  • penting menentukan operasi sistem steering ketika membelok / menghala ke depan.
  • sudut sesuai 18°~22°.
  • sudut terlalu besar, jadi sukar belok kiri / kanan.
  • sudut terlalu kecil, jadi sukar menghala ke hadapan.
  • ini mempengaruhi keselesaan dan keseimbangan ketika menunggang.
Memeriksa Gerak Bebas Steering
  • dilakukan 1,000km pertama & setiap 6,000km.
  • periksa dgn cara pegang fork hadapan dgn menolak & menarik fork ke depan belakang.
  • Kalau ada ruang gerakan terasa, maksudnya perlu dilaras
  • jika terlalu besar ruang gerakan, sistem steering perlu dirombak.
Melaras & Menguji Gerak Bebas Steering
  • gerak bebas steering longgar / sukar dikendalikan - perlu buat pelarasan gerak bebas steering.
  • peralatan - general tools, steering wrench, jack, torque wrench, service manual.
  • cara pelarasan - longgarkan stem nut & laras adjusting nut pada hujung batang steering gunakan steering nut wrench.
  • selepas larasan, perlu diuji memastikan operasi sistem steering dlm keadaan baik.